1 project. Millions of Benefits.

A

Monday, March 16, 2009

Merupakan satu projek pembangunan luar bandar, menggunakan pendekatan pembangunan wilayah, berpaksikan kekuatan dan asas sumber setiap Negeri, bertujuan membasmi kemiskinan tegar. Kaedah pelaksanaannya akan terbahagi kepada dua iaitu mengunakan kaedah Penempatan semula atau ”Insitu”. Ianya akan dijalankan secara mampan dan bersepadu dengan aktiviti pertanian, industri asas tani, dan industri luar bandar.

Agropolitan disokong pusat pertumbuhan utama dengan aktiviti ekonomi utama, sekunder dan sokongan yang akan menyokong pertumbuhan pekerjaan dan menyediakan peluang pendapatan bagi penduduk.


Agropolitan membabitkan secara langsung penglibatan agensi kerajaan seperti KKLW (seperti Kesedar, Jabatan orang Asli, Felcra, Risda), melibatkan juga MECD (seperti koperasi, Usahawan), Kementerian Pertanian (seperti tanaman, penternakan, perikanan, Industri asas tani dan juga LPP), KPPK (seperti Kelapa Sawit, Koko), Kementerian Pelancongan (seperti aktiviti Inap Desa dan Pelancongan Eko), swasta untuk perladangan kontrak seperti kambing biri biri, jagung, koko, herba dan ayam, Universiti untuk modal insan, Felda (seperti perladangan, tanah) dan institusi sosial (seperti kemasyarakatan, rukun tetanga dan lain lain).

No comments: